Sunday 25 September 2011

PERSIAPAN MENTAL MENGHADAPI SAAT BERSALIN

PERSIAPAN DARI SEGI MENTAL

Dalam tempoh bersalin, ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan dan juga anak semasa melahirkan. Pada masa ini anda tidak di galakkan melakukan kerja kerja berat, sentiasa membaca bahan bacaan ringan untuk ketenangan emosi dan rehatkan fikiran.

Sokongan Emosi Orang Terdekat Paling Berkesan
Sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab kearah kestabilan emosi isteri. Kajian yang di lakukan di negara Negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami ‘postnatal depression’ iaitu kemurungan selepas bersalin

Pendekatan Kaunseling Sebagai Satu Alternatif
Dari sudut terapi kerohanian, seorang wanita yang menghadapi tekanan adalah di sarankan menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin, dan tawakkal diatas takdirnya dan di samping menerima reality yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan semasa bersalin adalah memohon kepada allah s.w.t supaya tenang fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. Insyallah dengan kekuatan ini wanita tersebut dapat merasa lega dan selesa.

Mengadakan Kelas Antenatal
Di dalam kelas akan di ajar berkenaan semasa kehamilan, cara bersalin yang selamat dan maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, di samping aspek penjagaan bayi dan penyusuan. Dengan mengadakan kelas ini, wanita yang bakal bersalin akan merasakan diri mereka selamat, dapat mengurangkan rasa takut. 

No comments:

Post a Comment