Wednesday 26 October 2011

Pn Lydia & Baby Aqeel - Pakej PRLB 7 Days

Tarikh : 17hb Oktober - 24hb Oktober

Rawatan
Lulur Badan & Mandi Herba
Pembersihan Herba utk Faraj
Tungku & Tuam
Urut Susu
Param / Pilis
Bengkung
Minuman Herba
Urutan Tradisional 4 x

Perkhidmatan
Penjagaan & Pemantauan Kesihatan oleh Jururawat 24 jam
Penjagaan & Pengurusan Bayi
Makan & Minum 4x sehari
Entertainment
Dobi



Tuesday 25 October 2011

Jangan Malu Jangan Segan!

Assalamualaikum Semua!

Jangan Malu Jangan Segan Jangan Takut....semua boleh sms 014-7351335. Harga pakej kami boleh dirunding.

Kenapa Kami Istimewa?

Urutan Tradisional kami mengaplikasikan kaedah urutan tradisional Melayu turun temurun dan mengabungkan terapi aura bagi mempercepatkan pemulihan dalaman tubuh pesakit dan pelanggan kami. Dah ramai yang cuba, dah ramai yang rasa keberkesanannnya...

Soon....kami bawakan testimonial dari pelanggan-pelanggan terdahulu PRPA.

Sunday 16 October 2011

Promosi Hujung Tahun 2011


PRPA MENGUMUMKAN TAWARAN DISKAUN HARGA HUJUNG TAHUN
30 % UTK BULAN OKTOBER
20% UTK BULAN NOVEMBER
10% UTK BULAN DISEMBER

PILIH PAKEJ ANDA
REHAT, RAWAT, & BELAI DIRI ANDA DI
PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN. BHD

Pakej Rawatan Lepas Bersalin Ditawarkan
Pakej RLB Walk-In   3 X          RM 550.00
Pakej RLB Walk-In   5 X          RM 850.00
Pakej RLB Walk-In   7 X          RM 1150.00

Pakej Penjagaan & Rawatan Lepas Bersalin Ditawarkan
Pakej PRLB Stay-At-Centre   3 Hari                 RM 950.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  5 Hari                 RM 1550.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  7 Hari                 RM 2150.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  10 Hari               RM 3500.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  14 Hari                RM 4300.00


Harga Pakej Kami Merangkumi :-
Rawatan Tradisional
Kos Makanan & Minuman
Kos Penginapan / Dobi / Entertainment
Penjagaan & Pemantauan Peribadi Jururawat Terlatih Bertauliah 24 Jam


 HOTLINE SMS : 014-735 1335

Bilik Rawatan Untuk Ibu

Haa...foto nie pulak menunjukkan katil urut/rawatan untuk pelanggan kami...di bilik ini terdapat 2 buah katil rawatan bagi melancarkan proses rawatan untuk pelanggan kami.


Bilik rawatan nie tak jauh dari wad, lebih kurang dalam lingkungan 2 - 7 meter sahaja, anda tak payah jalan jauh-jauh...luka pun tak terganggu dan terusik sangat.....


Aktiviti rawatan disini ialah, 

  • pemakaian lulur badan @ scrub untuk buang daki, lancarkan perjalanan darah, buang angin, dan kembalikan kesegaran kulit seluruh badan
  •  urutan tradisional lepas bersalin dan bertungku untuk pulihkan kembali badan ibu yang bekerja keras semasa melahirkan anak
  • pemakaian param/pilis, ubat perut/tepel, pemakaian bengkung dan terdapat bilik khas untuk sauna.



Apa lagi....dapatkan rawatan dengan Penjaga Pantang bertauliah kami di PRPA.


JOM.....REHAT, RAWAT & BELAI diri anda di PRPA....

Fasiliti Kami Untuk Ibu dan Bayi

 Hai semua! Kali ini PRPA menampilkan foto-foto untuk tatapan anda. 


PRPA mewujudkan konsep wad bagi para ibu dan bayi, tapi kami sentiasa memastikan 'privacy' anda terjaga. 


Setiap katil ditutupi dengan 'screen' atau tirai berwarna hijau (macam kat hospital tue...).


Kapasiti wad kami cuma untuk 8 orang sahaja! Tiada masalah dengan kepadatan atau rasa terganggu. Kadang-kadang tak cukup 8 orang pun....ikut tempahan la katakan. :)


Yang paling best wad nie sangat dekat dengan bilik air, bilik mandi, dan bilik rawatan. Untuk ahli keluarga, atau suami nak datang melawat ibu dan bayi, kami sediakan ruang menunggu dilengkapi tv dan sofa yg selesa tanpa mengganggu pelanggan yg lain atau anda rasa terganggu dengan yang lain. 


Kami juga menyediakan makanan/minuman, perkhidmatan dobi, penjagaan dan pemantauan jururawat 24 jam (penting tue). Semuanya berada dalam pakej kami. Harga pasti berpatutan. 


Apa yang penting? REHAT, RAWAT & BELAI diri anda di PRPA.


Sunday 25 September 2011

PERSIAPAN MENTAL MENGHADAPI SAAT BERSALIN

PERSIAPAN DARI SEGI MENTAL

Dalam tempoh bersalin, ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan dan juga anak semasa melahirkan. Pada masa ini anda tidak di galakkan melakukan kerja kerja berat, sentiasa membaca bahan bacaan ringan untuk ketenangan emosi dan rehatkan fikiran.

Sokongan Emosi Orang Terdekat Paling Berkesan
Sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab kearah kestabilan emosi isteri. Kajian yang di lakukan di negara Negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami ‘postnatal depression’ iaitu kemurungan selepas bersalin

Pendekatan Kaunseling Sebagai Satu Alternatif
Dari sudut terapi kerohanian, seorang wanita yang menghadapi tekanan adalah di sarankan menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin, dan tawakkal diatas takdirnya dan di samping menerima reality yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan semasa bersalin adalah memohon kepada allah s.w.t supaya tenang fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. Insyallah dengan kekuatan ini wanita tersebut dapat merasa lega dan selesa.

Mengadakan Kelas Antenatal
Di dalam kelas akan di ajar berkenaan semasa kehamilan, cara bersalin yang selamat dan maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, di samping aspek penjagaan bayi dan penyusuan. Dengan mengadakan kelas ini, wanita yang bakal bersalin akan merasakan diri mereka selamat, dapat mengurangkan rasa takut. 

Thursday 22 September 2011

MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL


MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL 
Kehamilan boleh menjadi sukar secara mental dan fizikal. Bukan sahaja badan anda sedang mengalami pelbagai proses perubahan, tetapi setiap sakit yang menyucuk akan membuatkan anda menjadi panik dan berasa risau jika masalah dan gangguan tersebut adalah serius. Wanita hamil harus mengingatkan diri mereka bahawa banyak kehamilan berlalu dengan senang tanpa masalah yang serius. Dengan ini, adalah penting untuk setiap ibu yang hamil mengetahui tanda tanda amaran yang dirasai serta masalah/gangguan yang dihadapi. Simptom tersebut perlulah di beritahu kepada doktor dengan serta merta. Antara masalah masalah yang sering terjadi sewaktu kehamilan adalah :

Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini, termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau, dan bijirin yang di pekaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh di ambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih menjadi gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda.

Rubela
Jika seseorang wanita itu di jangkiti rubella sejurus sebelum atau semasa kehamilan, terutama di awal kehamilan, rubella boleh menyebabkan penyakit jantung, buta, hilang deria pendengaran kepada kesihatan bayi. Elakkan sentuhan secara langsung dengan sesiapa sahaja yang menghidapi rubella atau jangkitan kuman yang lain. Walaupun terdapat vaksin untuk rubella, ia tidak boleh diberi kepada wanita hamil atau wanita yang merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan yang terdekat ini. Ingatlah bahawa kebanyakan wanita adalah imun terhadap penyakit ini dan dengan itu bayi tidak menghadapi sebarang risiko.

Keguguran
Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh. Tanda tanda awal masalah ini adalah spt pendarahan dan kekejangan. Jika terdapat pendarahan di bahagian sulit, segeralah berjumpa doktor. Simpan tuala wanita yang anda pakai untuk memerangkap darah, darah beku, dan tisu kerana doktor akan meminta untuk memeriksanya. Imbasan ultrasound dapat membantu menentukan  status kehamilan anda. Keguguran boleh disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu, tetapi selalunya tiada sebab sebab yang jelas. Biasanya kehamilan anda seterusnya tidak akan terjejas, namun anda perlu berehat seketika sebelum merancang kehamilan yang berikutnya sekurang kurangnya enam bulan.

Penyakit Kelamin
Adalah jangkitan yang belaku semasa melakukan hubungan seks. Ia juga dikenali sebagai Penyakit Venereal atau VD. Penyakit venereal yang paling serius semasa kehamilan ialah Ganorea, Siffilis dan Genital Herpes. Rawatan segera dapat melindungi anda dan bayi. Apabila anda terdedah kepada penyakit ini, adalah penting anda dan suami menjalani pemeriksaan untuk mengesan penyakit tersebut dan di rawat dengan segera.
Di antara gangguan gangguan lain ialah:

Muntah yang terlampau
Kebanyakan kes mabuk hamil adalah sangat menyusahkan tetapi tidak membahayakan. Ini boleh menyebabkan penyahhidratan yang tidak baik untuk anda atau anak anda. Ini mungkin tanda anda mempunyai ‘hyperemesis gravidarum’ iaitu sejenis mabuk hamil terlampau yang boleh berlarutan sehingga akhir kehamilan anda. Hal ini perlu beritahu doktor dengan segera.

Kesakitan di bahagian abdomen
Jika anda hamil kurang daripada 12 minggu dan merasakan kekejangan tajam di sebelah bahagian perut anda dan anda tidak pernah melakukan pemeriksaan ultrasound, doktor mungkin tidak merasakan bahawa anda mempunyai kehamilan ectopic (sejenis kehamilan di mana telur telah di semadikan secara sendirinya di tiub fallopio dan bukan di uterus) atau kandungan luar rahim. Beritahu doktor anda jika  masih merasa  sakit atau kesakitan itu semakin teruk apabila anda berada di tangan kerana ia mungkin boleh bermaksud apa apa dari kontraksi bersalin ke appendicitis.

Keputihan yang banyak atau kontraksi bersalin
Jika anda semakin ke saat saat ingin bersalin, keputihan tersebut mungkin bermaksud air ketuban anda sudah pecah, jadi segeralah ke hospital. Tetapi jika anda merasakan cecair yang banyak sebelum minggu ke 37, telefon doktor anda dengan segera. Kemungkinan besar pundi amnion sudah pecah dan anda sedang melalui proses bersalin yang awal.

Pendarahan
Ia merupakan tompokan darah di awal kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks. Anda perlu juga mengetahui bahawa jika pendarahan anda banyak berlaku sebelum minggu ke 12 kehamilan adalah petanda keguguran manakala jika berlaku selepas tempoh itu, ia mungkin ada kaitan dengan kedudukan plasenta di bahagian rahim.

Sakit kepala
Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu juga anda ketahui bahawa jika paras gula terlalu rendah dalam darah boleh menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini ,di nasihatkan agar makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana dapat membantu menangani masalah ini. Simptom ini juga sebagai petanda tekanan darah tinggi  terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama mengalami bengkak di tangan dan kaki.
Di nasihatkan kepada ibu ibu yang sedang hamil supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat, jauhi amalan yang merbahayakan kesihatan seperti merokok dan pengambilan alcohol kerana ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Amalkan pengambilan diet yang seimbang seperti nutrient dan fiber yang lebih. Jika mengalami symptom atau petanda yang luar biasa,segeralah berjumpa dengan doctor anda dan mengambil ubatan yang telah di perskripsikan oleh doctor seperti vitamin hematenik contoh (ferrous fumerate,B complek,folik acid,vitamin c )supaya anak yang bakal lahir sihat dan normal.

Artikel Ditulis
SN Rashidah Durrani
Pusat Rawatan Panji Alam Sdn Bhd