Thursday 22 September 2011

MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL


MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL 
Kehamilan boleh menjadi sukar secara mental dan fizikal. Bukan sahaja badan anda sedang mengalami pelbagai proses perubahan, tetapi setiap sakit yang menyucuk akan membuatkan anda menjadi panik dan berasa risau jika masalah dan gangguan tersebut adalah serius. Wanita hamil harus mengingatkan diri mereka bahawa banyak kehamilan berlalu dengan senang tanpa masalah yang serius. Dengan ini, adalah penting untuk setiap ibu yang hamil mengetahui tanda tanda amaran yang dirasai serta masalah/gangguan yang dihadapi. Simptom tersebut perlulah di beritahu kepada doktor dengan serta merta. Antara masalah masalah yang sering terjadi sewaktu kehamilan adalah :

Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini, termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau, dan bijirin yang di pekaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh di ambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih menjadi gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda.

Rubela
Jika seseorang wanita itu di jangkiti rubella sejurus sebelum atau semasa kehamilan, terutama di awal kehamilan, rubella boleh menyebabkan penyakit jantung, buta, hilang deria pendengaran kepada kesihatan bayi. Elakkan sentuhan secara langsung dengan sesiapa sahaja yang menghidapi rubella atau jangkitan kuman yang lain. Walaupun terdapat vaksin untuk rubella, ia tidak boleh diberi kepada wanita hamil atau wanita yang merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan yang terdekat ini. Ingatlah bahawa kebanyakan wanita adalah imun terhadap penyakit ini dan dengan itu bayi tidak menghadapi sebarang risiko.

Keguguran
Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh. Tanda tanda awal masalah ini adalah spt pendarahan dan kekejangan. Jika terdapat pendarahan di bahagian sulit, segeralah berjumpa doktor. Simpan tuala wanita yang anda pakai untuk memerangkap darah, darah beku, dan tisu kerana doktor akan meminta untuk memeriksanya. Imbasan ultrasound dapat membantu menentukan  status kehamilan anda. Keguguran boleh disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu, tetapi selalunya tiada sebab sebab yang jelas. Biasanya kehamilan anda seterusnya tidak akan terjejas, namun anda perlu berehat seketika sebelum merancang kehamilan yang berikutnya sekurang kurangnya enam bulan.

Penyakit Kelamin
Adalah jangkitan yang belaku semasa melakukan hubungan seks. Ia juga dikenali sebagai Penyakit Venereal atau VD. Penyakit venereal yang paling serius semasa kehamilan ialah Ganorea, Siffilis dan Genital Herpes. Rawatan segera dapat melindungi anda dan bayi. Apabila anda terdedah kepada penyakit ini, adalah penting anda dan suami menjalani pemeriksaan untuk mengesan penyakit tersebut dan di rawat dengan segera.
Di antara gangguan gangguan lain ialah:

Muntah yang terlampau
Kebanyakan kes mabuk hamil adalah sangat menyusahkan tetapi tidak membahayakan. Ini boleh menyebabkan penyahhidratan yang tidak baik untuk anda atau anak anda. Ini mungkin tanda anda mempunyai ‘hyperemesis gravidarum’ iaitu sejenis mabuk hamil terlampau yang boleh berlarutan sehingga akhir kehamilan anda. Hal ini perlu beritahu doktor dengan segera.

Kesakitan di bahagian abdomen
Jika anda hamil kurang daripada 12 minggu dan merasakan kekejangan tajam di sebelah bahagian perut anda dan anda tidak pernah melakukan pemeriksaan ultrasound, doktor mungkin tidak merasakan bahawa anda mempunyai kehamilan ectopic (sejenis kehamilan di mana telur telah di semadikan secara sendirinya di tiub fallopio dan bukan di uterus) atau kandungan luar rahim. Beritahu doktor anda jika  masih merasa  sakit atau kesakitan itu semakin teruk apabila anda berada di tangan kerana ia mungkin boleh bermaksud apa apa dari kontraksi bersalin ke appendicitis.

Keputihan yang banyak atau kontraksi bersalin
Jika anda semakin ke saat saat ingin bersalin, keputihan tersebut mungkin bermaksud air ketuban anda sudah pecah, jadi segeralah ke hospital. Tetapi jika anda merasakan cecair yang banyak sebelum minggu ke 37, telefon doktor anda dengan segera. Kemungkinan besar pundi amnion sudah pecah dan anda sedang melalui proses bersalin yang awal.

Pendarahan
Ia merupakan tompokan darah di awal kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks. Anda perlu juga mengetahui bahawa jika pendarahan anda banyak berlaku sebelum minggu ke 12 kehamilan adalah petanda keguguran manakala jika berlaku selepas tempoh itu, ia mungkin ada kaitan dengan kedudukan plasenta di bahagian rahim.

Sakit kepala
Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu juga anda ketahui bahawa jika paras gula terlalu rendah dalam darah boleh menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini ,di nasihatkan agar makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana dapat membantu menangani masalah ini. Simptom ini juga sebagai petanda tekanan darah tinggi  terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama mengalami bengkak di tangan dan kaki.
Di nasihatkan kepada ibu ibu yang sedang hamil supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat, jauhi amalan yang merbahayakan kesihatan seperti merokok dan pengambilan alcohol kerana ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Amalkan pengambilan diet yang seimbang seperti nutrient dan fiber yang lebih. Jika mengalami symptom atau petanda yang luar biasa,segeralah berjumpa dengan doctor anda dan mengambil ubatan yang telah di perskripsikan oleh doctor seperti vitamin hematenik contoh (ferrous fumerate,B complek,folik acid,vitamin c )supaya anak yang bakal lahir sihat dan normal.

Artikel Ditulis
SN Rashidah Durrani
Pusat Rawatan Panji Alam Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment