Sunday 25 September 2011

PERSIAPAN MENTAL MENGHADAPI SAAT BERSALIN

PERSIAPAN DARI SEGI MENTAL

Dalam tempoh bersalin, ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan dan juga anak semasa melahirkan. Pada masa ini anda tidak di galakkan melakukan kerja kerja berat, sentiasa membaca bahan bacaan ringan untuk ketenangan emosi dan rehatkan fikiran.

Sokongan Emosi Orang Terdekat Paling Berkesan
Sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab kearah kestabilan emosi isteri. Kajian yang di lakukan di negara Negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami ‘postnatal depression’ iaitu kemurungan selepas bersalin

Pendekatan Kaunseling Sebagai Satu Alternatif
Dari sudut terapi kerohanian, seorang wanita yang menghadapi tekanan adalah di sarankan menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin, dan tawakkal diatas takdirnya dan di samping menerima reality yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan semasa bersalin adalah memohon kepada allah s.w.t supaya tenang fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. Insyallah dengan kekuatan ini wanita tersebut dapat merasa lega dan selesa.

Mengadakan Kelas Antenatal
Di dalam kelas akan di ajar berkenaan semasa kehamilan, cara bersalin yang selamat dan maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, di samping aspek penjagaan bayi dan penyusuan. Dengan mengadakan kelas ini, wanita yang bakal bersalin akan merasakan diri mereka selamat, dapat mengurangkan rasa takut. 

Thursday 22 September 2011

MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL


MASALAH/GANGGUAN KETIKA HAMIL 
Kehamilan boleh menjadi sukar secara mental dan fizikal. Bukan sahaja badan anda sedang mengalami pelbagai proses perubahan, tetapi setiap sakit yang menyucuk akan membuatkan anda menjadi panik dan berasa risau jika masalah dan gangguan tersebut adalah serius. Wanita hamil harus mengingatkan diri mereka bahawa banyak kehamilan berlalu dengan senang tanpa masalah yang serius. Dengan ini, adalah penting untuk setiap ibu yang hamil mengetahui tanda tanda amaran yang dirasai serta masalah/gangguan yang dihadapi. Simptom tersebut perlulah di beritahu kepada doktor dengan serta merta. Antara masalah masalah yang sering terjadi sewaktu kehamilan adalah :

Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini, termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau, dan bijirin yang di pekaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh di ambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih menjadi gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda.

Rubela
Jika seseorang wanita itu di jangkiti rubella sejurus sebelum atau semasa kehamilan, terutama di awal kehamilan, rubella boleh menyebabkan penyakit jantung, buta, hilang deria pendengaran kepada kesihatan bayi. Elakkan sentuhan secara langsung dengan sesiapa sahaja yang menghidapi rubella atau jangkitan kuman yang lain. Walaupun terdapat vaksin untuk rubella, ia tidak boleh diberi kepada wanita hamil atau wanita yang merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan yang terdekat ini. Ingatlah bahawa kebanyakan wanita adalah imun terhadap penyakit ini dan dengan itu bayi tidak menghadapi sebarang risiko.

Keguguran
Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh. Tanda tanda awal masalah ini adalah spt pendarahan dan kekejangan. Jika terdapat pendarahan di bahagian sulit, segeralah berjumpa doktor. Simpan tuala wanita yang anda pakai untuk memerangkap darah, darah beku, dan tisu kerana doktor akan meminta untuk memeriksanya. Imbasan ultrasound dapat membantu menentukan  status kehamilan anda. Keguguran boleh disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu, tetapi selalunya tiada sebab sebab yang jelas. Biasanya kehamilan anda seterusnya tidak akan terjejas, namun anda perlu berehat seketika sebelum merancang kehamilan yang berikutnya sekurang kurangnya enam bulan.

Penyakit Kelamin
Adalah jangkitan yang belaku semasa melakukan hubungan seks. Ia juga dikenali sebagai Penyakit Venereal atau VD. Penyakit venereal yang paling serius semasa kehamilan ialah Ganorea, Siffilis dan Genital Herpes. Rawatan segera dapat melindungi anda dan bayi. Apabila anda terdedah kepada penyakit ini, adalah penting anda dan suami menjalani pemeriksaan untuk mengesan penyakit tersebut dan di rawat dengan segera.
Di antara gangguan gangguan lain ialah:

Muntah yang terlampau
Kebanyakan kes mabuk hamil adalah sangat menyusahkan tetapi tidak membahayakan. Ini boleh menyebabkan penyahhidratan yang tidak baik untuk anda atau anak anda. Ini mungkin tanda anda mempunyai ‘hyperemesis gravidarum’ iaitu sejenis mabuk hamil terlampau yang boleh berlarutan sehingga akhir kehamilan anda. Hal ini perlu beritahu doktor dengan segera.

Kesakitan di bahagian abdomen
Jika anda hamil kurang daripada 12 minggu dan merasakan kekejangan tajam di sebelah bahagian perut anda dan anda tidak pernah melakukan pemeriksaan ultrasound, doktor mungkin tidak merasakan bahawa anda mempunyai kehamilan ectopic (sejenis kehamilan di mana telur telah di semadikan secara sendirinya di tiub fallopio dan bukan di uterus) atau kandungan luar rahim. Beritahu doktor anda jika  masih merasa  sakit atau kesakitan itu semakin teruk apabila anda berada di tangan kerana ia mungkin boleh bermaksud apa apa dari kontraksi bersalin ke appendicitis.

Keputihan yang banyak atau kontraksi bersalin
Jika anda semakin ke saat saat ingin bersalin, keputihan tersebut mungkin bermaksud air ketuban anda sudah pecah, jadi segeralah ke hospital. Tetapi jika anda merasakan cecair yang banyak sebelum minggu ke 37, telefon doktor anda dengan segera. Kemungkinan besar pundi amnion sudah pecah dan anda sedang melalui proses bersalin yang awal.

Pendarahan
Ia merupakan tompokan darah di awal kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks. Anda perlu juga mengetahui bahawa jika pendarahan anda banyak berlaku sebelum minggu ke 12 kehamilan adalah petanda keguguran manakala jika berlaku selepas tempoh itu, ia mungkin ada kaitan dengan kedudukan plasenta di bahagian rahim.

Sakit kepala
Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu juga anda ketahui bahawa jika paras gula terlalu rendah dalam darah boleh menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini ,di nasihatkan agar makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana dapat membantu menangani masalah ini. Simptom ini juga sebagai petanda tekanan darah tinggi  terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama mengalami bengkak di tangan dan kaki.
Di nasihatkan kepada ibu ibu yang sedang hamil supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat, jauhi amalan yang merbahayakan kesihatan seperti merokok dan pengambilan alcohol kerana ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Amalkan pengambilan diet yang seimbang seperti nutrient dan fiber yang lebih. Jika mengalami symptom atau petanda yang luar biasa,segeralah berjumpa dengan doctor anda dan mengambil ubatan yang telah di perskripsikan oleh doctor seperti vitamin hematenik contoh (ferrous fumerate,B complek,folik acid,vitamin c )supaya anak yang bakal lahir sihat dan normal.

Artikel Ditulis
SN Rashidah Durrani
Pusat Rawatan Panji Alam Sdn Bhd

DIET SEIMBANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK


DIET SEIMBANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Selepas melahirkan anak ibu akan  mengalami kepenatan yang tinggi serta kehabisan tenaga yang banyak dalam proses melahirkan anak,namun begitu setiap ibu akan merasa gembira walaupun melalui saat saat yang genting semasa melahirkan cahaya permata mereka yang di sayangi.Oleh demikian pemakanan seimbang yang betul amatlah penting dalam mengembalikan semula tenaga tersebut bagi meneruskan proses yang lain pula iaitu tugas menjaga anak yang di lahirkan dengan lebih baik.

Di sini di sertakan pemakanan seimbang selepas melahirkan anak di mana makanan yang haruslah  mengandungi ciri ciri  nutrien tersebut di dalam sesuatu makanan yang di ambil, antaranya nutrient seperti karbohidrat dimana yang kita semua ketahui nutrient tersebut memberi tenaga kepada ibu selepas proses kelahiran kerana mereka banyak kehilangan tenaga yang banyak contohnya nasi,roti.

Selain itu,makanan yang mengandungi protein juga perlu di ambil kerana protein dapat memperbaiki tisu-tisu dalam badan yang rosak akibat proses kelahiran contohnya ikan. Disamping itu, sayuran hijau serta buah buahan jangan di lupakan kerana ia dapat mengelak dari terjadinya sembelit yang akan menyukarkan serta menganggu  ibu untuk memberi perhatian yang lebih terhadap anak mereka  contohnya makanan sayuran hijau seperti brokoli, sawi manakala buah buahan seperti Epal, Pear  yang juga dapat mengelak terjadinya sembelit, selain itu,nutrien tersebut dapat menyempurnakan lagi pemakanan seimbang dengan memberi khasiat vitamin seperti vitamin E untuk kecantikkan kulit serta vitamin A,B,C yang perlu di ambil untuk kesihatan diri ibu selepas bersalin mahupun sesiapa sahaja.

Makanan mengandungi bijirin juga haruslah diambil untuk memperlengkapkan lagi pemakanan seimbang contohnya Oat atau kekacang yang memberi tenaga kepada badan kita supaya kita dapat melakukan kerja kerja harian dengan lebih baik dan bertenaga. Oleh demikian dinasihati supaya para para ibu selepas bersalin mengambil perhatian terhadap pemakanan seimbang selepas melahirkan anak kerana pemakanan seimbang amatlah penting supaya dapat memberi kesihatan diri yang lebih baik, mengembalikan bentuk badan serta menambahkan lagi kecantikkan kulit para ibu selepas bersalin kerana setiap manusia dilahirkan dengan kecantikan.

CONTOH JENIS MAKANAN YANG DI AMBIL DAN TIDAK DI AMBIL SELEPAS MELAHIRKAN ANAK


BOLEH DI AMBIL
 TIDAK BOLEH DI AMBIL

IKAN CTH: HARUAN,TENGGIRI
IKAN CTH: PARI,TONGKOL,CENCARU,BAWAL HITAM


SAYUR CTH:SAWI,BROKOLI,
SAYUR CTH:KANGKUNG,PETOLA,KOBIS,KACANG BOTOR, KACANG PANJANG,BAYAM,TIMUN


ULAM ULAMAN CTH:PEGAGA,ULAM RAJA,DAUN SELOM,DAUN PUDINA,PUCUK MENGKUDU
ULAM ULAMAN CTH: JERING,PETAI,KERDAS,


KEKACANG CTH:KACANG SOYA,
KEKACANG CTH: KACANG TANAH,KACANG HIJAU,KACANG MERAH KACANG PARANG,KACANG KUDA


BIJIRIN CTH:OAK,NESTUM
BIJIRIN CTH:

AYAM CTH:AYAM SELASIH, AYAM HITAM
AYAM CTH: AYAM BEKU

BUAH BUAHAN CTH: EPAL,ANGGUR,
BUAH BUAHAN CTH:TEMBIKAI,TEBU,NENAS,BELIMBING,JAMBU, KELAPA MUDA,MANGGA,DURIAN BELANDA

AIR MINUMAN CTH:AIR PUTIH,MILO,NESTUM,HORLICK
AIR MINUMAN CTH: AIR BERGAS (BIKARBONAT) AIR TEMBIKAI,AIR KELAPA MUDA,AIR BELIMBING,AIR TEBU


NASI CTH: NASI PUTIH YANG PANAS
NASI CTH:NASI LEMAK,NASI AYAM,NASI MINYAK,NASI DAGANG,NASI BERLAUK


Artikel Ditulis
SN Aimin Nadia
Pusat Rawatan Panji Alam Sdn. Bhd.

MASALAH KESIHATAN SELEPAS BERSALIN


MASALAH KESIHATAN SELEPAS BERSALIN

TAHUKAH ANDA TERDAPAT BEBERAPA MASALAH YANG AKAN ANDA ALAMI SELEPAS BERSALIN??

ANTARA YANG PALING KERAP BERLAKU IALAH:-
  • PERTUMPAHAN DARAH.IA BERLAKU KERANA RAHIM GAGAL MENGECUT DENGAN KUATNYA MENYEBABKAN BANYAK DARAH AKAN KELUAR TANPA HENTI.

  • BUASIR.SELAIN ITU, SEKIRANYA ANDA KURANG MENGAMALKAN MAKANAN YANG BERFIBER TINGGI, ANDA JUGA AKAN BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT BUASIR. BUASIR TERJADI AKIBAT TEKANAN YANG TINGGI SEMASA MENERAN YANG MENYEBABKAN SALUR DARAH SEKITAR DUBUR MENJADI KEMBANG.

  • SEMBELIT JUGA BOLEH BERLAKU MUNGKIN KERANA TAKUT AKAN LUKA EPISIOTOMI TERBUKA SEMASA MEMBUANG AIR BESAR ATAU SEBAB SAKIT KERANA BUASIR YANG BENGKAK.

  • SAKIT PADA FARAJ JUGA MUNGKIN BERLAKU KERANA MENGALAMI EPISIOTOMI ATAU KOYAKAN SEMASA KELAHIRAN.IA MUNGKIN AKAN BERLARUTAN SEHINGGA 2-3 MINGGU TERUTAMA SEMASA BERJALAN ATAU DUDUK.

  • SELAIN ITU,KURANG PENGAMBILAN AIR MASAK JUGA BOLEH MENYEBABKAN ANDA MERASASUSAH UNTUK KENCING. IA BERLAKU KERANA BENGKAK DAN CALAR PADA TISU SEKITAR RUANG FARAJ DAN PUNDI KENCING. ANDA JUGA DIGALAKKAN MEMBUAT SENAMAN KEMUTKAN FARAJ SEMASA KENCING DAN LETAK PAD SUAM ATAU SEJUK PADA FARAJ UNTUK KURANGKAN BENGKAK.

  • SAKIT BUAH DADA JUGA BELAKU KERANA BUAH DADA AKAN DIPENUHI SUSU YANG BANYAK DAN PAYUDARA AKAN MULA SAKIT, BERAT DAN BENGKAK. IA AKAN BERAKHIR SEBAIK SAHAJA BAYI PANDAI MENGHISAP SUSU.SEKRIANYA MASIH BENGKAK,CUBA PERAHKAN MENGGUNAKAN BREAST PUMP.

  • SELAIN DARI PERUBAHAN FIZIKAL,ANDA JUGA AKAN ALAMI GANGGUAN EMOSI SEPERTI DILANDA KESEDIHAN TIDAK MENENTU DAN RISAU BERPANJANGAN.ADA JUGA YANG MENGALAMI MASALAH KEMURUNGAN .TETAPI IA AKAN BERAKHIR SELEPAS 10 HARI.CARA ATASINYA IALAH DAPATKAN TIDUR DAN REHAT YANG MENCUKUPI.

ANDA TIDAK PERLULAH RISAU KERANA MASALAH TERSEBUT TIDAK AKAN BERPANJANGAN DAN AKAN PULIH SEPENUHNYA SELEPAS TEMPOH MASA 6 MINGGU.

TETAPI ANDA HARUS INGAT BAHAWA MASALAH YANG ANDA HADAPI SEMASA HAMIL JUGA AKAN BERLARUTAN HINGGA SELEPAS BERSALIN DAN MUNGKIN JUGA AKAN KEKAL. CONTOHNYA PENYAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI. UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGHIDAPI PENYAKIT TERSEBUT,ANDA HARUSLAH AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT,SEPERTI BERSENAM DAN BERSUKAN.SELAIN ITU HARUSLAH MENJAGA PEMAKANAN DENGAN KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DAN GULA..

Artikel Ditulis
SN Nadia Innani
Pusat Rawatan Panji Alam Sdn. Bhd.

Saturday 10 September 2011

Keistimewaan Rawatan Berpantang

Rawatan Berpantang Lepas Bersalin amat dititikberatkan oleh para ibu bagi memastikan kesihatan dalaman, keintiman dan kecergasan kembali pulih selepas bekerja keras mengandung dan melahirkan anak.

Rawatan Berpantang merangkumi rawatan tradisional seperti bertuam / bertungku, bertangas / bersauna herba, lulur badan, mandian herba, urutan tradisional lepas bersalin (pemulihan tubuh badan), urutan sengkak, memakai bengkung, dan pemakaian param / pilis. Setiap satu jenis rawatan tersebut mempunyai keperluan dan faedah tersendiri. Setiap bidan / penjaga pantang akan memastikan ibu-ibu mengikut aturan rawatan berpantang dengan betul. Hasil daripada rawatan berpantang yang kelihatan cerewet, renyah dan ketat ini akan mengembalikan kesihatan, kecantikan dan kecergasan ibu. Teknik dan penjagaan yang betul juga kadang kala bukan saja mengembalikan kesihatan ibu, malah ibu juga kelihatan lebih sihat dan anggun berbanding sebelum mengandung. Disinilah keistimewaan rawatan berpantang yang diikuti dengan rapi dan sempurna.

Pusat Rawatan Panji Alam (PRPA) dengan ini mengambil inisiatif untuk memanfaatkan ilmu perbidanan Melayu yang dipelajari dan diwarisi dengan membantu memberi perkhidmatan kepada para ibu khususnya yang berada di kawasan bandar. Seringkali kami mendapat dan mendengar keluhan para wanita tentang susahnya menjalani rawatan berpantang, sukar untuk mendisiplinkan diri sehinggalah untuk mengikut aturan-aturan tertentu melainkan perlu dijaga dan dikawal oleh seseorang. Selain itu keadaan diri yang masih lemah, lesu dan tidak bertenaga sepenuhnya memerlukan pembantu yang dapat membantu menjaga dan menguruskan diri serta bayi selepas dilahirkan. Penjagaan yang sempurna dan teratur akan mengelakkan ibu khususnya daripada terkena demam urat, bentan, angin bisa, lenguh2 badan sehinggalah memberi kesan pada kecantikan fizikal, kesihatan organ dalaman dan juga pada hubungan intim.

Pusat Rawatan Panji Alam bukan saja menyediakan Penjaga Pantang / Confinement Lady sebagai orang yang menguruskan aturan berpantang dan membantu menjaga ibu tetapi atas kesedaran kepentingan kesihatan ibu dan bayi, PRPA juga memastikan pusat rawatan dipantau dan diselia oleh Jururawat-Jururawat Bertauliah Terlatih supaya membantu para ibu menguruskan diri dan bayi dengan betul tanpa mengabaikan aspek klinikal serta memantau kesihatan ibu dan bayi. Sebarang tanda-tanda yang mengancam atau menjejaskan kesihatan akan segera dirujuk ke Pusat Kesihatan selepas diberi rawatan pertama.

Bagi para ibu dan suami, pastikan anda mendapat rawatan dan pemantauan yang terbaik bagi menjamin kesihatan diri anda dan anak. Pasti anda ingin lihat si kecil sihat dan membesar bukan? Untuk itu anda juga harus sihat dan cergas supaya dapat membantu ke arah tumbesaran si kecil dengan terbaik!


Friday 2 September 2011

Pilih Pakej Anda & Berehatlah Di PRPA

Pakej Rawatan Lepas Bersalin Ditawarkan
Pakej RLB Walk-In   3 X          RM 550.00
Pakej RLB Walk-In   5 X          RM 850.00
Pakej RLB Walk-In   7 X          RM 1150.00

Pakej Penjagaan & Rawatan Lepas Bersalin Ditawarkan
Pakej PRLB Stay-At-Centre   3 Hari                 RM 950.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  5 Hari                 RM 1550.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  7 Hari                 RM 2150.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  10 Hari               RM 3500.00
Pakej PRLB Stay-At-Centre  14 Hari                RM 4300.00


Harga Pakej Kami Merangkumi :-
Rawatan Tradisional
Kos Makanan & Minuman
Kos Penginapan / Dobi / Entertainment
Penjagaan & Pemantauan Peribadi Jururawat Terlatih Bertauliah 24 Jam

Sempena pembukaan baru, 
kami bersedia memberikan kepada anda 
POTONGAN HARGA SEBANYAK 30 % DARI MANA-MANA PAKEJ YANG ANDA PILIH!!!!
SAH UNTUK TEMPAHAN
30 SEPTEMBER—31 OKTOBER
2011

 HOTLINE SMS : 014-735 1335


*Semua produk yang digunapakai di Pusat Rawatan Panji Alam Sdn. Bhd. menggunakan produk-produk herba dan kesihatan yang mendapat kelulusan daripada KKM.